Model Separuh Bogel Pandu Kereta (Gambar)






Apa dah jadi dgn model ni..Mabuk dan pandu kereta separuh bogel. Langgar pulak org..


24 Okt – Model terkenal negara seberang, Novie Amalia telah ditahan oleh pihak polis Indonesia selepas dia merempuh tujuh orang pengguna jalan raya baru-baru ini.
Dipetik daripada laporan detikHot, lebih mengaibkan adalah ketika ditahan, Novie yang memandu kereta Honda Jazz berwarna merah didapati berada dalam keadaan separuh bogel dan mabuk.
"Novie seolah-olah berada dalam keadaan tertekan kerana ketika ditahan, dia hanya memakai pakaian dalam. Namun apabila disuruh memakan baju, dia enggan," ujar Ketua Polis Laka Lantas Jakarta Barat, Ajun Komisaris Rahmat Dalizar.
Rahmat turut memberitahu, model berusia 25 tahun itu dikatakan memandu laju dari arah pusat bandar sebelum dia melanggar sebuah motosikal berhampiran sebuah lampu isyarat di Tamansari, Jakarta Barat sekitar jam 5.30 petang (waktu tempatan).
Novie kemudiannya melanggar seorang lelaki dan dua orang anggota polis yang cuba memberhentikan kenderaannya dan kemudiannya merempuh beberapa pengguna jalan raya lain.
Polis yang mengesyaki Novie memandu di bawah pengaruh dadah telah membuat pemeriksaan lanjut di kediaman milik Novie dan menjumpai sebotol minuman keras yang didapati sudah separuh diminum.
Punca Novie berkelakuan sedemikian didakwa kerana tertekan dengan masalah cinta yang dihadapinya berikutan beberapa tweet yang telah dikemaskini olehnya beberapa hari sebelum kemalangan tersebut.
Sebelum ini iaitu sekitar bulan April 2012, Novie pernah ditahan polis atas kesalahan yang sama iaitu memandu secara merbahaya di kawasan Jalan Gajah Mada.

Sumber Yahoo News

1 kata-kata pembaca budiman:

Terima Kasih
Terima Kasih
Kepada yg sudi Komen kt sini..Jangan baca saja..hehe..Sangat Berbesar hati kalau anda komen..