Rita Rudaini Pecah Rahsia Aidil



Selepas Aidil membuat kenyataan balas yang mengatakan bekas isterinya Rita Rudaini tidak sudah-sudah mencar isalah dan sengaja memalukannya, aktres Rita tampil sekali lagi memberi kenyataan balas.






Menurut laporan daripada MH Online, kenyataan Aidil telah menyebabkan ramai pihak  yang menganggap dirinya sengaja mengada-adakan cerita.

"Apa yang saya beritahu sebelum ini semuanya daripada mulut Aidil sendiri. Kalau bukan dia yang cakap isterinya itu yang sekat aplikasi Whatssapp dan Wechat, mana mungkin saya boleh tahu dan berkata sedemikian. Aplikasi Whatsapp itu disekat sebelum mereka berkahwin dan Wechat itu pula selepas berkahwin.

"Aidil yang meminta saya muat naik aplikasi Wechat sebab senang nak berhubung dengan anak secara 'video call'. Saya menolak sebab tidak suka menggunakan aplikasi yang jarang digunakan. Akhirnya saya akur kerana dia menggunakan alasan anak-anak.

"Selepas muat naik, dia sempat buat panggilan video sekali sahaja dan disekat oleh isterinya tiga hari selepas itu kerana kantoi dia berhubung dengan saya dan anak-anak. Kemudian, Aidil menghubungi saya menggunakan nombor lain. Saya tanya, mana pergi telefon lagi satu dan Aidil menjawab isterinya ambil.

"Bila saya tanya kenapa, dia jawab lagi isterinya itu terjumpa 'history' panggilan video yang pernah dibuat sebelum ini. Saya cakap dengannya, kenapa perlu takut sedangkan apa yang dia buat itu adalah untuk anak-anaknya sendiri.



"Aidil juga cakap, dek kantoi dengan aplikasi Wechat itu dia dan isterinya bergaduh sehingga habis barang-barang di rumah dipecahkan.

"Saya pegang janji dan hal yang dia mengadu dengan saya. Tapi dia salahkan saya balik dan cakap saya mulut jahat, saya tak boleh diam. Saya perlu cakap semuanya yang itulah perangai sebenar Aidil. Kalau depan saya dia boleh bercerita buruk fasal isterinya, tak mustahil depan isterinya dia burukkan saya,” jelas Rita panjang lebar.

Selain itu, ada beberapa kenyataan daripada Rita yang Astro Gempak petik dari MH Online dan kongsikan kepada pembaca semua:

1) Sebulan sebelum kahwin Aidil ada mengadu kepada Rita dan beberapa kali datang berjumpa anak-anak. 

2) Aidil bersumpah kepada Rita bahawa tidak ada sesiapa yang boleh menghalang dia berjumpa dengan anak-anaknya.

3) Rita yakinkan anak-anak untuk bertemu bapa mereka kerana merasakan Aidil sudah berubah, tambahan lagi anak bongsu (Arjuna) tidak pernah mengenali bapanya.

4) Aidi mohon diberi peluang untuk menjalankan tanggungjawab terhadap anak-anak.

5) Selepas berjanji, Aidil menghilang secara tiba-tiba. Rita berputus asa dan tidak mengharapkan apa-apa dan tidak perlu 1001 alasan dongeng kerana dia dan anak-anak sudah malas dan tidak hadap lagi untuk menunggu sebarang panggilan atau mesej daripada Aidil.

6) Tidak membalas mesej Aidil kerana merasakan lelaki itu tidak layak untuk ambil tahu tentang anak-anak.

7) “Bila anak masuk hospital saya sengaja tak letak gambar di Instagram. Selepas hari keempat barulah saya muat naik. Takkan anak masuk hospital baru nak mesej? Takkan semua perkara saya pula kena kemaskini dengannya? Nanti saya pula dikata mengganggu rumah tangga mereka meski ia berkaitan hal anak. Dia yang perlu buat semua itu sebab dia bapa kepada anak-anak saya.”8) Aidil pernah berjanji untuk memberikan pembantu rumah Fillipina, duit sekolah anak-anak tetapi mohon untuk rahsiakan perkara tersebut daripada pengetahuan orang lain kerana bimbang dimarahi bakal isterinya (Zarema).

9) Aidil akan mengadu tentang sikap isterinya setiap kali datang berjumpa anak-anak.

10) Aidil pernah meminjam kereta rakan untuk bertemu anak-anak kerana Zarema tak benarkan dia berbuat demikian.


11) Dua minggu sebelum kahwin, Aidil mengadu tidak mahu kahwin dan mengadu bakal isteri sedang berparti.

12) Rita menasihati Aidil supaya ceritakan perkara tersebut kepada ibu dan bapanya, tetapi Aidil enggan kerana takut.

13) Aidil pernah sewakan hotel untuk Rita dan dan anak-anak tetapi perkara itu diketahui oleh bakal isterinya.

14) Aidil juga mengadu duitnya habis digunakan bagi menanggung perbelanjaan majlis perkahwinan di sebelah pihak perempuan.

15) Instagram milik Aidil juga dikawal oleh isterinya sebelum berkahwin lagi.

16) “Aidil ada cakap yang perempuan itu menggunakan akaun Instagramnnya untuk membalas semua komen-komen peminat yang mengkritiknya."

Sumber: MH Online

Like Utk Wanita : --> MemangPOWER

Tag - artis, gosip, rita rudaini, aidil,Fitnah, pelakon, artis, gosip, rita rudaini, aidil,Fitnah, pelakon, artis, gosip, rita rudaini, aidil,Fitnah, pelakon, 
artis, gosip, rita rudaini, aidil,Fitnah, pelakon, artis, gosip, rita rudaini, aidil,Fitnah, pelakon, 

0 kata-kata pembaca budiman:

Post a Comment

Terima Kasih
Terima Kasih
Kepada yg sudi Komen kt sini..Jangan baca saja..hehe..Sangat Berbesar hati kalau anda komen..