Remaja diliwat, dirogol teman lelaki






SUNGAI BULOH – Seorang remaja berusia 14 tahun terpaksa menempuh detik hitam dirogol teman lelakinya sendiri dalam kejadian di Kampung Paya Jaras dekat sini, minggu lalu.

Menurut sumber, mangsa 


yang sudah tidak bersekolah itu dikatakan keluar dari rumah di Tanjong Karang Selangor tanpa pengetahuan keluarganya.

“Mangsa dibawa ke rumah sewa teman lelakinya di Kampung Paya Jaras sebelum dirogol dan diliwat.

“Siasatan mendapati mangsa turut dirogol oleh dua lagi lelaki yang merupakan kawan serumah teman lelakinya," katanya.

Menurutnya, teman lelaki mangsa kini direman selama seminggu bagi membantu siasatan, manakala dua lagi rakannya diburu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376 dan 377 kanun keseksaan kerana merogol dan meliwat.

Sumber - SinarHarian


0 kata-kata pembaca budiman:

Post a Comment

Terima Kasih
Terima Kasih
Kepada yg sudi Komen kt sini..Jangan baca saja..hehe..Sangat Berbesar hati kalau anda komen..