Pelakon Stunt Kedua Jet Li Antara Penumpang #MH370








Salah seorang penumpang pesawat MH370 dikenalpasti merupakan pelakon aksi lagak ngeri kedua (stunt double) Jet Li.



Ju Kun, mengikut laporan berita 3News telah beraksi sebagai ‘stunt double’ bagi pelakon aksi lagak ngeri terkenal, Jet Li dalam beberapa filem termasuk The Expendables dan Forbidden Kingdom.

Ju Kun dikatakan berada dalam penerbangan tersebut selepas pulang ke Beijing selepas menyudahkan kerja di Studio Pinewood Malaysia.

Mengikut perancangan, Ju Kun sedang dalam persediaan untuk terlibat dalam siri drama ‘Marco Polo’ yang akan ditayangkan di Netflix.

Isteri Ju Kun yang dikenali sebagai Li Ping kini dipercayai berada di Kuala Lumpur bagi menanti jawapan daripada operasi Mencari dan Menyelamat (Search and Rescue) yang sedang dijalankan.

Sumber : Siakapkeli

Doakan Keselamatan semua dlm Pesawat MH370
Doakan Semoga Pesawat MH370 Ditemui
Pulanglah MH370

Amin.

0 kata-kata pembaca budiman:

Post a Comment

Terima Kasih
Terima Kasih
Kepada yg sudi Komen kt sini..Jangan baca saja..hehe..Sangat Berbesar hati kalau anda komen..