Datuk K Rajagobal letak jawatan?



Skuad Harimau Malaya diundi dalam kumpulan D bersama dgn tiga wakil Asia Barat, Bahrain, Qatar dan Yaman pada kempen kelayakan Piala Asia 2015 di Australia. Skuad Harimau Malaya dipertemu dengan tiga pasukan itu dalam Kumpulan D menerusi undian yang dijalankan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Melbourne

Malaysia yang menduduki ranking ke-162 dunia berdepan tugas mencabar untuk layak biarpun undian mereka kali ini tidak seteruk pasukan Asia Tenggara yang lain. 

Qatar yang menduduki ranking ke-101 dunia berjaya melangkah ke suku akhir edisi sebelum ini manakala Bahrain (115) dan kini beraksi pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2014 menewaskan Malaysia menerusi agregat 4-1 pada pertemuan terakhir kelayakan Piala Dunia 2007.

Biarpun Yaman berada di kedudukan ke-157 dunia namun mereka pernah menewaskan skuad negara 1-0 pada dalam aksi persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil dua tahun lalu.

“Jika tidak layak, saya akan membuat keputusan (letak jawatan) tapi kata putus terakhir terletak di tangan FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia),” 

haha..itulah ayat yg terakhir dr Datuk K..

0 kata-kata pembaca budiman:

Post a Comment

Terima Kasih
Terima Kasih
Kepada yg sudi Komen kt sini..Jangan baca saja..hehe..Sangat Berbesar hati kalau anda komen..