Bahaya Gadis Jalan Seorang Diri












Seorang wanita melalui detik hitam dalam hidupnya selepas dia yang berjalan sendirian
bukan saja ‘diculik’ tiga lelaki, malah turut diperkosa seorang daripada lelaki terbabit.
Difahamkan, wanita berusia awal 30-an yang trauma selepas menjadi mangsa nafsu serakah lelaki terbabit pada malam Isnin lalu membuat laporan di Bali Polis Petaling, kelmarin.

Menurut sumber, ketika kejadian, mangsa keluar rumah untuk ke sebuah kedai berhampiran Taman Kampung Muhibbah, di sini, jam 9.30 malam.
“Ketika mangsa berjalan sendirian, sebuah kereta dinaiki tiga lelaki tidak dikenali menghampiri mangsa. Seorang daripada mereka keluar daripada kereta itu sebelum menarik mangsa.

“Mangsa yang terkejut dengan tindakan lelaki terbabit cuba mempertahankan diri dengan meronta dan menjerit,” katanya.

Sumber berkata, tindakan mangsa itu bagaimanapun gagal sebelum dia ditolak ke dalam kereta dan dilarikan ke sebuah kawasan kilang berhampiran.
Beliau berkata, selepas kejadian berkenaan, mangsa dibawa semula ke lokasi mangsa dilarikan sebelum ditinggalkan.

Berikutan itu, mangsa pulang ke rumahnya sebelum membuat laporan di Balai Polis Petaling, di sini.

Kes ini berlaku di Cheras. Berhati-hatilah wahai gadis².. Mmg kita tak akan tahu bila akan terjadi perkara begitu, tapi beringatlah sebelum terjadi. 


**Gambar sekadar Hiasan - Tiada kena mengena dgn ini cerita**


0 kata-kata pembaca budiman:

Post a Comment

Terima Kasih
Terima Kasih
Kepada yg sudi Komen kt sini..Jangan baca saja..hehe..Sangat Berbesar hati kalau anda komen..